PENGENALAN PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

 Adakah pengurusan bilik darjah dan pengurusan kurikulum bilik darjah memberi pengertian yang sama? Jika jawapannya adalah ya, maka anda perlu membetulkan persepsi yang jelas terpesong dari pengertian sebenar. Meskipun kedua-duanya mengandungi perkataan pengurusan yang menghala kepada mencapai objektif/hasil. Namun, matlamatnya berbeza kerana pengurusan bilik darjah mempunyai matlamat untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dengan merujuk kepada ruang dan susun atur tempat pembelajaran dan kawalan disiplin murid didalam bilik darjah. Manakala, pengurusan kurikulum bilik darjah memberi fokus kepada amalan guru dalam mentransformasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke dalam proses merancang, melaksana dan menilai pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, seiring dengan peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam pengurusan kurikulum bilik darjah. Peranan guru dalam menjayakan keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah adalah sangat pentin. Peranan guru sebagai pengurus kurikulum bilik darjah adalah berdasarkan kepada elemen-elemen merancang, melaksana dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan kurikulum yang dilaksana dengan sempurna dan berkesan akan memastikan keberhasilan guru dalam kemenjadian murid. 


Comments

Post a Comment