Kurikulum
Kebangsaan: Kurikulum ideal dan rasmi yang dihasratkan
iaitu suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Peringkat
pelaksanaan: Peringkat negara dan pelaksanaan secara seragam.
Contoh:
kurikulum standard sekolah rendah KSSR dan kurikulum standard sekolah menengah
kssm
Kurikulum
sekolah : kurikulum sebenar yang dilaksanakan pada peringkat
institusi berpandukan kepada kurikulum Kebangsaan peringkat pelaksanaan
peringkat sekolah institusi.
Contoh:
kurikulum sekolah sukan kurikulum
sekolah seni kurikulum Kolej Vokasional kurikulum Sekolah Agama
Kurikulum
bilik darjah : kurikulum yang dioperasikan oleh guru-guru
pada peringkat bilik darjah menerusi perancangan pelaksanaan dan penilaian
pengajaran dan pembelajaran guru-guru menterjemahkan hasrat pendidikan negara
menerusi pengajaran mata pelajaran peringkat pelaksanaan peringkat bilik darjah
kelas contoh kurikulum matematik sejarah sains bahasa Inggeris geografi agama
Islam dan sebagainya.
Comments
Post a Comment