Adakah pengurusan bilik darjah dan pengurusan kurikulum bilik
darjah memberi pengertian yang sama? Jika jawapannya adalah ya, maka anda perlu
membetulkan persepsi yang jelas terpesong dari pengertian sebenar. Meskipun
kedua-duanya mengandungi perkataan pengurusan yang menghala kepada mencapai
objektif/hasil. Namun, matlamatnya berbeza kerana pengurusan bilik darjah
mempunyai matlamat untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dengan
merujuk kepada ruang dan susun atur tempat pembelajaran dan kawalan disiplin
murid didalam bilik darjah. Manakala, pengurusan kurikulum bilik darjah memberi
fokus kepada amalan guru dalam mentransformasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke dalam proses merancang, melaksana dan menilai pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, seiring dengan
peredaran zaman, dapat dilihat pelbagai perubahan yang telah berlaku dalam
pengurusan kurikulum bilik darjah. Peranan guru dalam menjayakan keberkesanan
pengurusan kurikulum bilik darjah adalah sangat pentin. Peranan guru sebagai
pengurus kurikulum bilik darjah adalah berdasarkan kepada elemen-elemen
merancang, melaksana dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan kurikulum yang dilaksana dengan sempurna dan berkesan akan memastikan
keberhasilan guru dalam kemenjadian murid.
Comments
Post a Comment