1.4 HUBUNGKAIT KURIKULUM KEBANGSAAN, KURIKULUM SEKOLAH & KURIKULUM BILIK DARJAH

 


Kurikulum KebangsaanKurikulum ideal dan rasmi yang dihasratkan iaitu suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Peringkat pelaksanaan: Peringkat negara dan pelaksanaan secara seragam.

Contoh: kurikulum standard sekolah rendah KSSR dan kurikulum standard sekolah menengah kssm

Kurikulum sekolah : kurikulum sebenar yang dilaksanakan pada peringkat institusi berpandukan kepada kurikulum Kebangsaan peringkat pelaksanaan peringkat sekolah institusi.

Contoh:  kurikulum sekolah sukan kurikulum sekolah seni kurikulum Kolej Vokasional kurikulum Sekolah Agama

Kurikulum bilik darjah : kurikulum yang dioperasikan oleh guru-guru pada peringkat bilik darjah menerusi perancangan pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru menterjemahkan hasrat pendidikan negara menerusi pengajaran mata pelajaran peringkat pelaksanaan peringkat bilik darjah kelas contoh kurikulum matematik sejarah sains bahasa Inggeris geografi agama Islam dan sebagainya. 

Comments